tekang gok sekali

+income~register sini

20 April 2011

Masalah Tonsil Berlarutan

Arini mood untuk update blog menurun disebabkan masalah tonsilitis yang berlarutan. Aku rasa sejak umur 4 tahun lagi aku punya masalah penyakit ni. Dah macam jadi rutin pulak..Bila terkena penyakit ni, badan mula la demam, tekak pulak bengkak nak menelan pun sakit. Yang buat jadi masalah tu, badan pun turut sama sakit2.

Aku selitkan sikit info TONSILITIS..Penyakit yang membelenggu aku sampai sekarang...

1. Apa itu tonsil?
Tonsil merupakan kelenjar limpa yang terletak di bahagian tekak, ia berfungsi sebagai penuras kuman semasa pernafasan. Pendek kata, tonsil ni berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh. Jadi semua orang ada tonsil. Siapa yang tak ada tonsil tu mungkin dah kena buang tonsilnya (tonsillectomy).


2. Tonsillitis tu, apa pula?
Tonsillitis ni merujuk kepada radang tonsil. Jadi selepas ini kalau anda sakit tekak dan doktor cakap tonsil anda membengkak, merah, itulah tonsillitis. ( Jangan sebut saya ada 'tonsil', tau. Silap tu..gunakan istilah yang betul.)

Kebanyakan radang tonsil berpunca daripada jangkitan virus. Hanya 15% sahaja daripada bakteria. Jadi, jika anda mengalami tonsillitis, tidak bermakna anda perlu mengambil antibiotik. Antibiotik hanya perlu diambil jika doktor merasakan ianya berpunca daripada bakteria. Jangkitan virus akan baik secara semulajadi. Selepas ni kalau doktor kata tak perlu makan antibiotik , jangan pandai-pandai mintak, tau....



3. Simptom-simptom
Biasanya, pengidap tonsillitis mengalami demam dan sakit tekak.

Bagi kanak- kanak pula, mereka selalunya tidak sihat
Mereka akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak
Kelenjar tekak akan kelihatan
  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok - tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau kanak kanak itu mendapat batuk dan selsema

4. Perawatan 
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk-makan aiskrim pun boleh...
  • Banyakkan minum agar badan tidak dehydrated
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria. Bakteria yang dibimbangi menyerang kanak-kanak adalah daripada jenis streptoccocal kerana ia boleh membawa kepada komplikasi. Ideally, doctor should take a throat swab before starting the antibiotics. Tapi ini kurang praktikal, meningkatkan kos dan memakan masa. Jadi doktor akan mendiagnosis berdasarkan cerita pesakit(history) dan pemerisaan fizikal. InsyaAllah.
  • Lozenges/ Gargle
  • NSAIDS- Non Steroidal Anti-Inflammatory , seperti Ibuprofen juga berfungsi untuk mengurangkan sakit dan demam
  • Vaksinasi - Pneumococcal dan influenza, boleh mengurangkan risiko mendapat episod tonsillitis pada masa hadapan. Selain itu penting untuk mengurangkan risiko mendapat komplikasi penyakit jangkitan pneumoccocal seperti pneumonia, meningitis dan sepsis.
5. Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):

  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil.


6. Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?

  • Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
  • Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
  • Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.

7. Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Termasuk :

  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.
 
Kredit : ummunashwa blog & infosihat

3 Orang bijOp Pandai:

Mrs.Sabri berkata...

saya selalu kena tonsil ni kalau permulaan nak selsema..memang perit dan sakit..siksa rasanya..

mummiey berkata...

Mrs.Sabri..
Tu lah...sakit nak menelan..
Pastu sekali ngan demam sakit2 bdn...nak duk dpn pc lm2 pun xleh...lmbt je bls komen..sori sgt..

wanie_kashfi berkata...

salam perkenalan...

saya dok tercari-cari entry berkenaan pembedahan buang tonsil along macam yg awak janji nk tulis tu, saya sdg bersiap-sedia menghadapi keadaan ni sebab anak saya yg baru umur 2 tahun lebih tu kena refer dgn pakar ent sebab kelenjar leher dia bengkak, saya risau kalau dia kena operate, maklumlah, budak baru umur 2 tahun, apa sgt la yg dia tahu psl sakit...harap awak boleh share kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...